Thứ Hai, 20 tháng 2, 2012

Filem “Fist Of Dragon” Digam Di Negara China!

Bakal ke pawagam 23 Februari ini, filem “Fist Of Dragon” arahan Michael Chuah sebenarnya mempunyai banyak masalah di awal penerbitannya.

Menurut pengarah “Fist Of Dragon”, filem yang ditonton oleh penduduk Singapura dan Malaysia adalah berlainan dari yang akan ditayangkan di China. Ini kerana kerajaan China mengharamkan unsur-unsur kongsi gelap yang terlalu menonjol di dalam filem “Fist Of Dragon”.

Kesemua aksi gangsterisme telah dibuang untuk “Fist Of Dragon” versi negara China, manakala yang akan ditayangkan di Malaysia pula akan mengekalkan elemen asal tetapi hanya boleh ditonton 18 tahun dan keatas saja. Ini pasti akan meningkatkan lagi adrenalin penonton filem aksi anak tempatan, Michael Chuah.

“Antara cabaran paling hebat adalah apabila filem ini tidak mendapat kelulusan dari kerajaan China kerana elemen kongsi gelap. bagi menyelesaikan isu itu, kami terpaksa menyiapkan satu lagi filem berbeza bagi mendapatkan kelulusan. Dan ini menjadikan filem Fist of Dragon di China berbeza dari apa yang ditayangkan di negara kita.” dipetik dari Utusan Malaysia

Penuh dengan cabaran, filem ini bakal membuka mata anda semua. Jadi, bersedialah pada 23 Februari ini! Filem ini akan ditayangkan di semua pawagam di seluruh Malaysia. Mari lihat trailer “Fist Of Dragon” selepas ini ya!

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét

    Bài đăng phổ biến