Thứ Ba, 21 tháng 2, 2012

Music: “You’re So Fine” Oleh Guba Ft Yuna, Syahdu!

A big round of applause to Guba! Sejak beberapa minit yang lepas, OHBULAN! sudah pun jatuh cinta dengan muzik yang dibawa oleh Guba.

Kami mengaku, ini kali pertama kami dengar nama penyanyi yang bernaung di bawah Laguna Records ini. Lagu berjudul “You’re So Fine” benar-benar telah memikat halwa telinga OHBULAN!. Untuk pengetahuan, Guba adalah seorang penyanyi yang berasal dari Sabah dan telah bergiat dalam dunia nyanyian hampir 13 tahun.

Apa yang pasti, lagu ini memang mengasyikkan dengan vokal dan alunan suara Guba. Lagi penting ialah, Yuna sanggup berkolaborasi dengan Guba dan ini membuktikan bahawa bakat yang dimiliki oleh Guba bukanlah macam penyanyi-penyanyi lain yang bagi kami, lu pikirlah sendiri!

Untuk tahu lebih lanjut mengenai Guba, anda boleh masuk ke Facebook rasmi Guba. Tidak mahu bercerita panjang, OHBULAN! mahu anda dengar sendiri lagu “You’re So Fine” oleh Guba ft. Yuna selepas ini!

 

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét

    Bài đăng phổ biến