Thứ Năm, 9 tháng 2, 2012

Nadia Aqilah Tak Kejar Populariti, Idamkan Watak Bisu

Jika disebut dunia hiburan, hanya satu yang bermain di kepala, iaitu populariti. Siapa yang tidak mahu popular kan? Tapi dalam banyak-banyak selebriti dan anak-anak seni yang sentiasa menghiburkan kita, masih ada yang telus dan memang berjiwa ikhlas untuk menghiburkan para peminat.

Itulah yang dapat dilihat dalam diri Nadia Aqilah Bajuri, 26, yang kini sedang sibuk dengan program Broadway Bites, sebuah program teater muzikal yang akan dipentaskan pada 14-18 Mac depan.

Jika dilihat kembali pada sejarah penglibatan Nadia Aqilah dalam dunia seni, dia mula menyanyi seawal umur 14 tahun. Pada tahun 2006, dia bersama 2 orang lagi penyanyi wanita iaitu Nur Shafinaz Mokhtar (Inaz) dan Ruzana Ibrahim telah menubuhkan Luscious untuk menyertai sebuah rancangan realiti, Gangstarz. Namun begitu, nasib mereka tidak baik untuk menjadi juara rancangan realiti tersebut.

Bila bercerita mengenai bidang lakonan, Nadia Aqilah juga mempunyai kemahiran dalam bidang lakonan, buktinya anak muda ini pernah muncul dalam drama seperti Emil Emelda dan juga Tari Tirana. Di samping itu, sebagai seorang penyanyi dan pelakon kaca televisyen, Nadia turut mampu memainkan watak untuk teater. Bagi Nadia, dia puas apabila dapat melakukan semua perkara yang menarik dan mencabar dan tidak mahu dilihat sebagai seorang yang mengejar populariti sahaja.

“Saya tak kejar populariti, saya nak orang kenal bakat saya. Saya juga suka lakukan benda yang menarik dan mencabar,” ujar Nadia kepada wartawan OHBULAN!

Ditanya apakah watak yang paling diidam-idamkam jika diberi peluang untuk melakonkannya, Nadia Aqilah pantas menjawab dia ingin membawa watak yang bisu.

“Saya teringin untuk membawa watak yang bisu kerana watak ini perlu banyak main ekspresi muka. Saya nak cuba ekspresi muka kerana ia agak mencabar bagi saya,” jelas Nadia.

Untuk pengetahuan, Nadia Aqilah akan memegang peranan utama dalam filem biografi primadona Zaiton Sameon yang berjudul “Zaiton Ceritaku”. Ini adalah kali pertama Nadia memegang watak utama dalam sebuah filem. Jadi marilah kita sokong Nadia Aqilah yang mementingkan bakat dari kontroversi, tak seperti artis tempatan yang lain.

  • No related posts.

  • Link to full article

    Không có nhận xét nào:

    Đăng nhận xét

    Bài đăng phổ biến