OHBULAN! pasti Lisa Surihani sudah berdebar-debar di hati kerana esok, selebriti yang diminati dan disayangi ramai ini bakal menamatkan zaman bujangnya bersama seorang lagi selebriti yang tidak asing lagi dalam dunia hiburan, Yusry.
Cinta Lisa Surihani, 25, dan Yusry, 38, mula bermain di media pada tahun 2010 dimana ramai orang berteka-teki dengan kisah cinta mereka. Namun, beberapa saksi yang terlihat Lisa & Yusry berpegangan tangan ketika menonton wayang telah menguatkan lagi spekulasi yang mengundang.
13 Ogos 2011 menyaksikan pasangan ini mengaku bercinta kepada media dan dari situ, punah segala harapan kaum Adam terhadap Lisa Surihani yang sememangnya cantik dan manis orangnya. Tidak dilupakan, OHBULAN! turut meratapi cinta yang tak terbalas dari Lisa.
Sekitar bulan September 2011 pula, Lisa Surihani Telah Hadiahkan 3 Set Samping Kepada Yusry, Bukti Cinta Mereka Berdua dan mereka berdua juga dilihat bersama di rumah terbuka meraikan sambutan Aidilfitri bersama-sama.
Manakala 23 Disember 2011, hubungan mereka semakin hangat apabila Yusry dikhabarkan telah menyunting Lisa untuk dijadikan isteri. Ouh, itu 2 bulan yang lepas.
Hari ini pula menyaksikan Lisa telah menulis, mungkin ayat terakhir di akaun Twitter rasminya sebagai seorang perawan sebelum sah diijabkabulkan esok (23 Februari 2012).
Maka, jika majlis esok berjalan dengan lancar, berakhirlah segala penantian para peminat, media dan juga semua lelaki yang dambakan kasih sayang Lisa Surihani. Itu sudah pasti.
Untuk berita gembira ini, OHBULAN! telah memilih 3 ucapan tahniah dari pembaca dan juga peminat setia Lisa Surihani untuk dimasukkan kedalam artikel ini.
“Selamat pengantin baru buat lisa dan yusri.. moga pernikahan ini akan berkekalan hingga keanak cucu dan moga dapat lalui alam perkahwinan yang penuh pancaroba laluilah bersama2. harus saling bertolak ansur dan yang paling penting saling ingat mengingati tentang tanggungjawap masing2..” – Sunsweet Norlela
“Selamat menempuh hari2 yg bahgia..moga dpt baby yg sweet2 mcm korang=)” – Anna Mohd Tahir
“Selamat pengantin baru ls & yusry , semoga bahagia dengan kasih sayang dan cinta yang berpanjangan hingga ke syurga.” – Aziera Kamil
Semoga berbahagialah hendaknya Lisa Surihani & Yusry dengan doa dan ucapan dari para peminat. Jangan pula sejarah lama diulang kembali, habis madu sepah dibuang, tak gitu Yusry?
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét