Thứ Ba, 21 tháng 2, 2012

Warner Music Lancarkan Album Kompilasi, “Hit Semata-Mata Selamanya”!

Sebagai pembuka tirai tahun 2012 ini, Warner Music Malaysia telah melancarkan sebuah album kompilasi yang membariskan lagu-lagu hit sepanjang tahun 2011 daripada artis-artis popular tanahair. Album ini menampilkan nama-nama penyanyi popular tanah air sepanjang zaman seperti Jamal Abdillah, Jinbara, Mirwana dan Fiq.

Pihak Warner Music juga telah bekerjasama dengan pihak Astro Sdn Bhd dan menampilkan barisan finalis Akademi Fantasia seperti Akim, Stacy, Shahir dan Hazama.

Album yang dinamakan “Hit Semata-Mata Selamanya” ini adalah sebuah album kompilasi menampilkan lagu-lagu yang telah pun menduduki tangga pertama di beberapa carta radio tanahair. Antaranya adalah ‘Kisah Dongeng’ dari Stacy, ‘Cinta Teragung’ oleh Hazama, ‘Janji’ oleh Akim dan sebuah lagu yang telah menjuarai Anugerah Juara Lagu 26 baru-baru ini bertajuk ‘Awan Nano’ oleh Hafiz, turut dimuatkan dalam album ini!

Tidak cukup dengan menggabungkan kesemua lagu-lagu yang menjadi pilihan peminat muzik tanah air, “Hit Semata-Mata Selamanya” turut menampilkan 4 buah single yang masih belum boleh didapati dalam mana-mana album tetapi telah mendapat tempat di stesen-stesen radio tanahair.

Lagu-lagu tersebut ialah sebuah lagu berentak ‘rock’ nyanyian Fiq & Akim bertajuk ‘Mesti Ada Cinta’, lagu tema  bertajuk ‘Selamanya’ oleh Ultras Malaya feat. Altimet, Joe Flizzow dan Carleed, serta single terbaru hasil kolaborasi pertama antara Mirwana & Altimet, bertajuk ‘Itu Ini Begitu Begini’.

Memuatkan 23 buah lagu yang popular, album kompilasi  ini sudah berada di pasaran. Jadi, sila dapatkan sekarang pada harga hanya  RM27.90!


Link to full article

Không có nhận xét nào:

Đăng nhận xét

Bài đăng phổ biến