Selamat kembali bekerja! Kami minta maaf kerana sedikit terlambat mengenai berita kematian penyanyi terkenal, Whitney Houston, yang ditemui mati semalam di Beverly Hilton Hotel, Los Angeles.
Penyanyi yang sudah banyak kali merangkul banyak anugerah di peringkat antarabangsa ini meninggal pada umur 48 tahun meninggalkan seorang anak perempuan, Bobbi Kristina Brown. Apa yang masih menjadi tanda tanya pada pihak media dan para peminat ialah kematian Whitney masih lagi dirahsiakan oleh pihak koroner. Ini menimbulkan persoalan samada kematian Whitney disebabkan bunuh diri atau mati mengejut.
Terbaru, ahli keluarga Whitney meluahkan rasa khuatir mereka kepada media mengenai kelakuan anak perempuan Whitney, Bobbi Kristina Brown yang disyaki ingin membunuh diri kerana mengalami tekanan terhadap kematian Whitney Houston.
Kita nantikan laporan penuh punca kematian Whitney yang akan dikeluarkan tidak lama lagi. Mari layankan sebuah lagu Whitney berjudul ‘I Will Always Love You’ selepas ini!
Link to full article
Không có nhận xét nào:
Đăng nhận xét